26/01/2010 16:05
leeza kucing
sila jemput ke rumah
paklang & maklang for
kenduri kesyukuran serta
birthday pada 14hb Feb
ini. Sapa nak tumpang join
sekaki Birthday welcome..

23/11/2009 21:30
paksu
pada 19 nov, paktam maktam
n linda dah selamat
berangkat ke Mekah utk
menunaikan haji. paksu
berdoa agar mereka selamat
mengerjakan ibadat haji dan
semoga mendapat haji yg
mabrur. amin.

06/05/2009 21:34
leeza
alhamdulilah kenduri nikah
amin anak abg man berjalan
lancar. Seronok kami adik
beradik berkumpul, pak
chak and the whole
families ada tidak ada yg
berkecuali, sedap makan
ayam golek, laksa,ikan
siakap, yg best tu makan
udang goreng mcm satay
lagi dicucuknya di buah
nenas, meriah dengan hiruk
pikuknya. Anyway, tengok
abang dengan kak nasriah
pun ceria. Alhamdulilah.

02/04/2009 15:46
Kak Pidah
Salam Semua. Pak Su awat
tak habag dah dapat
'Datuk'. La comelnya.
Lain kali sms lah dah
dapat cucu, kami dah
jarang buka internet to
chat, kerja-kerja kerja,
buka email saja. Tahniah
Nikman dan izze. Semoga
bertambahlah erat kasih
sayang sekeluarga. Amin.
Kak Pidah dah kerja kat PJ
and no more in Hospital KL
» nothing emergency sgt to sms... tapi la ni depa dah lagi canggih on news. nikman/ izze ada facebook.. lebih connected with all their friends. tapi paksu belum register dgn facebook.. bcoz ada baik n buruknya disitu. jadi, biarlah depa ada facebook, kita tumpang tengok sj facebook depa.

16/01/2009 21:28
leeza
12 Safar - 8hb Feb,
jemputlah ke rumah Makcik
dbayan lepas kita org sama
sama mengadakan kenduri
arwah tahlil dng doa
selamat buat yg tiada
(genap setahun pakcik
pergi)..izat akan tolong
confom tarikh dan sehari
sebelum kenduri kak liza
akan uruskan bab perkakas
nasi minyak tu..my
portion, insyallah.

11/12/2008 19:38
K. Pidah
Salam Semua. Sorry lama
sungguh tak buka website
paksu. Tak dan langsung
dah lani; no maidlah.. ni
pun buka sat kat ofis. Byk
kerja sungguh2 hati. Kat
hosp kerjaan cam tulah. I
suggest kita yang belum
pencen ni ambil insurance,
really please take.It is
worth it. masa abang
Mansor kena heart attack I
terus bawa dia ke private
hosp. Saves a lot of
things and yang
utama..life! Pasal gambag
tu paksu nanti I hantar
after kami bercuti. Semoga
semua sihat.

02/12/2008 22:55
paksu
tolong hantaq mai foto2
raya baru nih .... paksu
nak update family tree dgn
foto masing2

09/11/2008 19:15
leeza
sabar ja..bukan kata jadi
kat paksu..liza pun kena
sama kat spital selayang
register pun susah kena
ada referal letter, dah p
sana tunggu 30min register
nak jumpa doctor pakar
ortho bukan leh la la tu
jumpa kena tunggu sebulan
lagi so meaning two say i
have to met him face to
face on 24th Nov (Senin)
dr 20hb Oct g register.
Kalau g Pantai Bangsar mau
sedia 1k nak buat MRI. So,
bila dfikirkan kembali
kalau 24hb ni dok kena
ulang rasa nak masuk semlm
spital kat Pantai atau
Glenaeagle buat chk-up
claim insurance. Pak Su
mcm tu p Lam Wah Ee laaa
dongar kata Doc Rahim
partimer kat sana.

02/11/2008 03:44
NiNa
La....priority kat org
lebih tua la dulu
kan...apa la...depa x
blajaq customer service
tue..hehe..:D..pehtu tidoq
masa keja..I-)

01/11/2008 22:28
NiNa
apa punya serbis la
hospital loqstaq
ni....awat ayah x masuk
truih dah nomot terskip
sampai 0644.kalo i truih p
terjah misi2, dok pok pek
besembang la tuh..kena
jerkah sekali baru
jalan.macam itu binatang
mau sembelih raya punya
lah..adoiyai!!lain kali
bagi dapat itu nomo 0626
pulak..sama itu flat
keleta..hahaha..: ) )
» entah le nina. ni ayah masih kuat alhamdulillah.. pun dok kena bully. apa tah pula pesakit2 kampong yg dhaif lagi syok depa dok pelemah. i've been seeing this everytime i pi GH. what a pity. for example .. mak cik pompuan kampong mai nak register. "makcik kena ambil nombor dulu!" makcik tu pun pi ambil nombot. lepas tu dia mai balik tunjuk nombot yg dia ambil. "Makcik kena tunggu sampai nombot makcik kena panggil!" makcik tu terpingga2!!?? tak faham. mula suruh ambil nombot, dah ambik disuruh tunggu pulak. apa salahnya kalau dia register makcik tu dulu. tak sampai 60 second pun. sebab makcik tu sorang2 betui2 illiterate. orang boleh sabar.. but they must be flexible la sikit. kan no? walla-hu-a'lam

13/09/2008 01:20
hijat
salam pak su...ijat ada
email kat pak su pasai
tender sate untuk
gathering haji ahmad's
kronies pada hari raya
ke-3, Tasek Glugoq...
» kali ni kita pekena satay tasik glugoq pula. maklang akan arrange. tanx. kalu ijat n gang nak tambah bagi tau kat maklang. lagi banyak contribute lagi bagus. kalu lebih pun boleh bungkueh bawa balik. amacam !!!

21/08/2008 22:32
LEEZA
Wakil dari Mak Lang Tasek
Gelugor - Hari Raya K3
semua adik beradik diminta
hadir tak kira dimana jua
berada pada jam 12.30
tgahari mcm biasa makan
tengahari diikuti dgn
jamuan ringan. Rumah Mak
Jang postponed tahun
depan. Hajat Mak Lang nak
buat umah dia. Selamat
Berpuasa. Pak Su tolong
spread news.

23/06/2008 21:09
leeza
this year RAYA K3 - Mak
Jang Batu Kurau propose
buat rumah dia sebab dia
nak buat kenduri arwah
sekali (adikberadik jee)
pada yg telah tiada.
Rasanya molek gak. Pak Su
please broadcast to all
our relatives..kami
mungkin stay one nite kat
Bukit Merah - Raya k2
insyallah..

13/05/2008 19:32
Hirda
tu dia..ramai gak lahir 12
may kan? :)

10/05/2008 00:03
Kak Pidah
Happy belated birthday to
Zairin and Moh Mannan.
Sorry to ask, who is
Fatimah Husain? Sama
birthday dengan Abang
Mansor and Faris Aiman?
» mak chaq timah.. glugor

08/05/2008 01:59
Hirda
paksu, bday abg zairin on
02 May 74 & shahnun on
31st May 77. ;)
» tuu la .. akibat computer rosak. file yg ada dlm thumb drive file lama. dok tak update lg la. tanx anyway.

07/05/2008 01:21
Kak Pidah
Salam semua lama tak dengar
berita. Semoga sihat. Paksu
seronok tengok dok belajar
doa dan Bahasa Arab pulak.
Insyaalah kami akan move
back to our house end of
this month. Salam

21/02/2008 17:20
azilah
takziah buat makcik
sekeluarga.

16/02/2008 14:24
amy
Nak income extra lawat
laman web www.e-rafa.com @
www.343-787.com....bisnes
e-dagang yg di iktiraf
oleh KPDNHEP...sebarang
petanyaan tpn saya
amy-012-4512032

03/02/2008 01:38
K pidah
Salam semua: Pakcik apa
khabar? Please use Faiz's
blog rather than mine.
http://efenem.wordpress.com/
» pakcik alhamdullillah bertambah baik masa paksu visit dia di GH last tuesday. kita doa saja agar dia cepat sembuh. amin.

25/01/2008 21:55
Kak Pidah
Salam, insyallah jumpa esok
di rumah Makcik Noriah. Ni
blog Pidah
http://famy.wordpress.com

16/01/2008 03:48
Faiz Najmi
Assalamu'alaikum. Adakah
ini shoutbox?
» pasti iya pak !! shout saja ....

08/10/2007 19:41
hirda
paksu... family tree tu jgn
lupa update bday hardy.. 13
Oct 2006 ;)
» iya tak iya gak ... camna boleh trtinggai nu .. k. k.. paksu dah update dah .... cheers

30/09/2007 23:47
azilah
selamat menyambut ramadhan
utk semua sanak saudara.

[87 entries] next»

Free ShoutBox:
OGGIX.com
 
Supported by:
Female.Store.co.id :: Toko Baju Butik Online
Book.Store.co.id :: Toko Buku Online